BARISAN Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini dengan kemenangan besar pada pilihan raya kecil (PRK) DUN itu pada Sabtu. ARTIKEL BERKAITAN: Tak sangka sama tarikh, 2 pasangan pengantin meriahkan PRK Chini Calonnya Mohd Sharim Md Zain, 41, menang dengan majoriti 12,650, selepas memperoleh 13,872 undi, manakala pencabarnya dua calon Bebas iaitu Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, meraih 1,222 undi dan Mohd Shukri Mohd Ramli, 49, mendapat 137 undi. Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Zaliza Zulkipli di pusat penjumlahan undi rasmi di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan pada 9.04 malam. Mohd Sharim Md Zain yang memperoleh kemenangan dengan majoriti sebanyak 12,650 undi. Untuk rekod, PRK DUN Chini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung selepas terjatuh dan mengalami sesak nafas. Pada PRU14, Abu Bakar mempertahankan kerusi DUN Chini dengan majoriti 4,622 undi selepas memperoleh 10,027 undi menewaskan calon PAS Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (5,405) dan Mohamad Razali Ithnain dari PKR (1,065). Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!