suria

Polis mula siasatan terhadap laporan Al-Jazeera

Siasatan dijalankan polis kontinjen Kuala Lumpur.

POLIS memulakan siasatan berhubung laporan agensi berita antarabangsa Al Jezeera yang didakwa berniat memburukkan imej Malaysia menerusi dokumentari mengenai cara negara ini mengendalikan pendatang tanpa izin dalam usaha mengekang penularan Covid-19.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya menjalankan siasatan susulan laporan yang dibuat Jabatan Imigresen di Balai Polis Presint 7 Putrajaya.

"Kita telah buka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Amaran untuk 414 rakyat Malaysia yang masih enggan jalani saringan ke-2 Covid-19 - “Kalau selesa pergi sendiri, tak perlu tunggu polis bawa”

Siasatan dijalankan polis kontinjen Kuala Lumpur.

Beliau berkata pihaknya turut menerima laporan yang dibuat oleh seorang wanita berhubung isu sama di Putrajaya pada kira-kira 9 pagi Isnin.

Mior Faridalathrash berkata pengadu membuat laporan selepas menonton video dokumentari itu di laman YouTube dan keterangannya telah diambil.

Al Jazeera sebelum ini menyiarkan dokumentari bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ berdurasi 25 minit 50 saat yang mengecam layanan terhadap pendatang tanpa izin ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani Covid-19.

Bernama pada Isnin melaporkan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata laporan yang dikeluarkan agensi berita tersebut yang mendakwa Malaysia melakukan diskriminasi terhadap pendatang tanpa izin adalah tidak tepat dan siasatan lanjut sedang dijalankan PDRM.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

laporan, polis, siasat, Al-Jazeera

Artikel Lain