suria

Polis siasat lelaki didakwa perkosa anak perempuan sebelum lacurkan mangsa kepada 20 lelaki

Polis kini mencari seorang lelaki selepas dia didakwa melacurkan anak perempuannya. Gambar hiasan

POLIS kini sedang menjalankan siasatan ke atas seorang lelaki kerana disyaki melacurkan anak perempuannya sendiri.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, siasatan dijalankan selepas ibu saudara mangsa tampil membuat laporan polis pada 11 Julai lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Inspektor polis disyaki culik sebelum rogol dua wanita semasa sekatan PKP ditahan

"Pengadu mendakwa anak saudara perempuannya dirogol dan dilacurkan oleh bapanya. Mangsa berusia 13 tahun," katanya.

Menurut Mohd Zaid, lelaki berkenaan juga didakwa memperkosa anaknya itu ketika mangsa berusia 10 tahun.

"Ibu mangsa kemudian bersemuka dengan suspek dan dia tidak mengulangi perbuatannya.

"Namun, bermula pertengahan 2019 hingga Februari 2020, suspek memaksa mangsa melakukan hubungan seks dengan sekitar 20 pelanggan," kata Mohd Zaid dalam satu kenyataan pada Ahad.

Kegiatan berkenaan didakwa berlaku di rumah mangsa.

Polis kini sedang mencari suspek untuk membantu siasatan.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat Insp Hafiza di talian 018-390 3410 atau 03-8911 4222 atau balai polis terdekat. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

bapa, anak perempuan, lacur

Artikel Lain