suria

Padah tanggal tag pink, tipu sejarah perjalanan... lelaki pulang dari Jepun didenda RM2,000

Seorang lelaki yang pulang dari Jepun, menanggalkan gelang tangan yang dipasang mengikut perintah kuarantin.

SEORANG lelaki di Tawau, Sabah yang menanggalkan gelang tangan atau wristband yang dipasang mengikut perintah kuarantin didenda RM2,000.

Dia juga didapati memalsukan sejarah perjalanannya yang pulang dari luar negara.

Perkara itu disahkan oleh Pegawai Kesihatan Tawau, Rahman Sampe pada Selasa.

Beliau berkata, lelaki berkenaan melakukan dua kesalahan, dan dikenalkan kompaun sebanyak RM2,000.

"Dia akan didakwa di mahkamah sekiranya gagal membayar kompaun dalam tempoh 14 hari," katanya.

Minggu lalu, Pegawai Kesihatan Tawau, Dr G. Navindran berkata, lelaki tersebut yang baru pulang dari Jepun, dengan sengaja menanggalkan gelang tangannya.

Dia turut memalsukan maklumat mengenai sejarah perjalanannya di lapangan terbang daerah.

Beberapa hari kemudian, lelaki itu menghubungi pejabat kesihatan daerah, mendakwa kehilangan gelang tangannya, sebelum disoal siasat.

Dr Navindran berkata, lelaki berkenaan diberi gelang tangan semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), tetapi tidak memakainya semasa tiba di Tawau.

Selain menanggalkan gelang tangan, dia turut berbohong mengenai sejarah perjalanannya.

Gelang baru telah diberikan kepadanya, dan dia kini menjalani kuarantin di rumah. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain