suria

Umno umum tidak sertai Perikatan Nasional, mahu perkasa Muafakat Nasional bersama PAS, BN

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

SATU lagi kejutan mewarnai landskap politik negara apabila Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan parti itu sudah membuat keputusan untuk tidak menyertai Perikatan Nasional (PN).

Terbaharu, Umno memilih untuk memperkasakan gagasan Muafakat Nasional (MN) bersama Pas dan kepimpinan dalam komponen Barisan Nasional (BN).

ARTIKEL BERKAITAN: Shafie Apdal umum Dewan Undangan Negeri Sabah dibubarkan

"Sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional hanya berlandaskan sokongan Ahli-ahli Parlimen Umno dan BN serta ADUN-ADUN dalam pembentukan kerajaan Pusat dan di beberapa negeri tertentu.

"Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pertemuan dengan Ahli-ahli Parlimen BN tengah hari semalam di bangunan Parlimen telah menyatakan hasrat PPBM (Bersatu) untuk menyertai MN.

"Hasrat Bersatu ini akan diperbincangkan dengan pihak Pas untuk diperhalusi," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis. - Sinar Harian.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain