SATU rakaman memaparkan seorang lelaki sedang memukul pengawal keselamatan warga asing menjadi tular di media sosial. Dalam video berdurasi seminit itu, seorang lelaki kelihatan sedang berhadapan dengan pengawal tersebut sebelum memukulnya dengan menggunakan baton. Di sebalik rakaman itu, kedengaran suara seorang lagi individu, dipercayai yang menjadi tukang rakam. Penyerang juga dilihat menumbuk muka pengawal tersebut. Malah, dia turut bertanya sekiranya mangsa datang ke Malaysia untuk bekerja atau mencari masalah? Paparan dalam video itu turut menyatakan ia dirakam pada 7 Julai lalu. Ia kemudiannya mengundang perhatian ramai selepas dikongsi di facebook Sq Soul7 pada Khamis. Namun sehingga kini tidak dapat dipastikan lokasi kejadian itu berlaku. - The Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!