suria

Bermulanya usaha kolektif tangani Covid-19... Pemenang rekaan logo, slogan kempen akan diumum esok

Kempen yang diperkenalkan kerajaan bertujuna untuk menggerakkan rakyat Malaysia bagi memutuskan rantai jangkitan Covid-19.

SUDAH setengah tahun berlalu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan pada 18 Mac lalu bagi memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19 di negara ini, namun peperangan terhadap wabak ini masih belum berakhir.

"Virus ini masih ada dan jumlah jangkitan dapat meningkat pada bila-bila masa jika kita tidak terus mengamalkan normal baharu.

"Seperti yang diingatkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kita harus sentiasa berwaspada dan tidak mengambil mudah terhadap tindakan pencegahan bagi membendung pandemik Covid-19. Kita memerlukan kerjasama daripada semua lapisan masyarakat," kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Setakat ini, Malaysia mendapat pujian atas kesungguhan menangani pandemik ini dan usaha menurunkan angka jangkitan dengan pimpinan barisan hadapan serta peranan masyarakat dalam membendungnya.

Beliau memberitahu barisan hadapan telah melakukan tugas mereka dengan baik, namun sudah tiba masanya masyarakat memainkan peranan sepenuhnya dengan menerapkan norma-norma baharu dalam setiap aspek kehidupan seharian mereka.
Saifuddin memberitahu pemenang akan diumumkan pada hari pelancaran kempen tersebut.


Ini terutamanya kerana keadaan dapat berubah menjadi lebih buruk pada bila-bila masa, dengan semakin banyak yang mula leka dan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP), termasuk menjaga jarak fizikal sekurang-kurangnya satu meter, memakai pelitup muka serta menjaga kebersihan diri.

Saifuddin berkata, "Barisan hadapan telah melakukan tugas mereka dan sekarang sudah tiba masanya kita membantu barisan hadapan yang menjaga kita dan memastikan kita saling menjaga antara satu sama lain.

"Ekonomi baru mula kembali meningkat dan kita tidak boleh biarkan angka jangkitan meningkat kembali. Kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada barisan hadapan - mereka akan terus berjuang (menentang wabak) tetapi kita harus bertanggungjawab dan memastikan mematuhi SOP ditetapkan," katanya.

Atas tujuan itu juga, kerajaan akan melancarkan kempen Pembudayaan Norma Baharu bagi menyebarkan pesanan tersebut dengan lebih meluas.

Saifuddin berkata, kempen itu akan dilancarkan oleh Muhyiddin pada 8 Ogos ini di Kompleks Sukan Pagoh, Johor.

Barisan hadapan telah melakukan tugas mereka dan sekarang sudah tiba masanya kita membantu barisan hadapan yang menjaga kita dan memastikan kita saling menjaga antara satu sama lain.

DATUK SERI SAIFUDDIN ABDULLAH

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA



Kandungan kempen kesedaran itu akan disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sementara perancangannya akan diselia oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Pelaksanaan kempen itu akan berterusan selama beberapa bulan sehingga akhir tahun ini melibatkan semua kementerian dan kerajaan negeri. Kesan pelaksanaan kempen ini juga akan dipantau menerusi tinjauan bagi memutuskan langkah yang perlu diambil selepas itu.

"Kempen ini tidak hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran (tentang pentingnya waspada Covid-19 dan mengambil langkah berjaga-jaga), tetapi juga bertindak sebagai seruan untuk semua pemimpin akar umbi untuk memastikan masyarakat melindungi diri mereka, keluarga dan masyarakat dalam memerangi wabak ini.

"Ini bukan soal mematuhi undang-undang dan peraturan sebaliknya kami mengambil pendekatan 'lembut'. Ini untuk kebaikan secara kolektif," katanya.

Antara kumpulan sasaran kempen itu adalah komuniti bandar dan luar bandar, sektor awam dan swasta, komuniti agama dan sektor pelancongan.


Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melancarkan kempen itu di Pagoh pada 8 Ogos.


Setiap kumpulan sasaran akan terdapat beberapa sub-kelompok yang ingin dicapai kerajaan dengan menggerakkan organisasi dan agensi relevan bagi sampai ke peringkat akar umbi.

Bercakap mengenai langkah pelaksanaannya, Saifuddin memberitahu ia akan dilakukan menerusi hebahan media massa, media sosial, iklan, poster, banting, dan penglibatan pihak berkepentingan.

"Mesej utamanya tetap sama dan ia menjadi mantera penting - tetapi kita harus melangkaui cara penyampaiannya dan itu adalah tugas agensi. Kita mendorong agensi utama untuk bersikap kreatif dalam menyebarkan mesej dengan cara berkesan termasuk menerokai pelbagai aspek dan media," tambahnya.

Muhyiddin juga akan mengumumkan pemenang pertandingan logo dan slogan semasa pelancaran kempen itu.

Pertandingan yang berlangsung dari 1 hingga 10 Julai lalu, mencari logo terbaik dan slogan untuk kempen yang menawarkan hadiah RM9,500 itu dan menyaksikan 1,137 peserta menghantar 2,150 logo.

Jumlah logo tertinggi dihantar oleh seorang wanita berusia 31 tahun dari Kedah dengan 127 penyerahan, sementara yang termuda, seorang budak lelaki berusia 13 tahun, manakala yang tertua, seorang lelaki berusia 64 tahun, masing-masing telah menyerahkan dua logo.

Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga masing-masing akan menerima hadiah wang tunai RM5,000, RM3,000 dan RM1,000. Hadiah sagu hati khas sebanyak RM500 untuk peserta yang paling banyak menghantar.

Selain kempen dan mengumumkan pemenang pertandingan itu, sebuah buku Pembudayaan Norma Baharu Dalam Komuniti yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan turut dilancarkan.

Buku garis panduan itu akan memberi maklumat mengenai Cara menyesuaikan gaya hidup Malaysia dengan norma baharu yang diterbitkan dalam Bahasa Malaysia terlebih dahulu sementara versi terjemahan lain akan dikeluarkan kemudian.

Saifuddin berkata, secara amnya, kandungan buku itu akan melibatkan pentingnya menjaga kebersihan diri, selain perlu mengingati SOP. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain