suria

Pemilik kedai nasi kandar dikaitkan Kluster Sivagangga dipenjara 5 bulan, denda RM12,000

Petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19. Gambar hiasan/Foto Bernama

PEMILIK restoran nasi kandar yang dikaitkan dengan kluster Sivagangga dipenjara lima bulan dan denda RM12,000, kata seorang timbalan pendakwa raya pada Khamis.

Kluster Sivagangga, yang pertama kali dilaporkan pada 28 Julai, bermula di Napoh, Kubang Pasu, selepas seorang lelaki warga India yang merupakan pemilik restoran berstatus permastautin tetap di Malaysia tidak mematuhi perintah kuarantin di rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangkitan kedai nasi kandar merebak lebih pantas banding 9 kluster lain - Dr Noor Hisham

Pada Khamis minggu lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster PUI Sivagangga mungkin berasal dari strain virus Covid-19 super-spreader kerana ia merebak dengan pantas berbanding kluster di negeri-negeri lain. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain