suria

Harga petrol naik 5 sen, diesel naik 3 sen bermula tengah malam ini

Harga petrol dan diesel mengalami kenaikan untuk tempoh bermula 15 Ogos hingga 21 Ogos.

BERKUATKUASA tengah malam ini, harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik lima sen, manakala diesel naik tiga sen.

Justeru, harga baharu seliter bagi RON95 adalah RM1.68, RON97 (RM1.98) dan diesel RM1.82.

Harga baharu itu berkuatkuasa bagi tempoh 15 hingga 21 Ogos 2020.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, harga bahan api itu adalan berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan Mekanisme Harga Automatik (APM).

"Kenaikan ini dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini," katanya.

Menurut kenyataan itu, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. - BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain