SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 September sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16. Pengumuman dibuat oleh Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom dalam sidang medianya pada petang Isnin selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR berhubung PRN Sabah. Menurut Azmi, tarikh penamaan calon bagi pilihan raya berkenaan pula pada 12 September, manakala pengundian awal ditetapkan pada 22 September.ARTIKEL BERKAITAN: Shafie Apdal umum Dewan Undangan Negeri Sabah dibubarkan "Tempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula pengisytiharan calon yang bertanding, sehingga 11.59 malam 25 September 2020," katanya. SPR turut memutuskan melanjutkan waktu membuang undi selama 30 minit. Menjelaskan perkara itu, Azmi berkata waktu membuang undi diawalkan bermula 7.30 pagi hingga 5 petang berbanding 8 pagi hingga 5 petang pada PRU lalu. Dr Azmi berkata terdapat 1.12 juta pengundi dan SPR menjangkakan lebih 70 peratus pengundi akan mengundi pada PRN Sabah ini. Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan pada 30 Julai lepas bagi memberi laluan kepada PRN diadakan dalam tempoh 60 hari. - BERNAMA Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!