POLIS kini menjejaki pemandu sebuah kereta Toyota Vios yang memandu di lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan. Pemandu berkenaan memandu berlawan arus, mengakibatkan seorang penunggang motosikal terbabas sebelum merempuh tembok di tepi jalan, dalam kejadian pukul 4 petang Khamis. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, rakaman video menunjukkan pemandu meneruskan perjalanan dengan berlawan arus, walaupun telah mengakibatkan kemalangan. "Kita sedang menjejaki pemandu bagi kenderaan bernombor QMN 5338. "Kenderaan itu didaftarkan ke atas seorang pemandu yang menetap di Sarawak," katanya ketika dihubungi pada Sabtu. Zulkefly menggesa pemandu tersebut menyerahkan diri di balai polis trafik JSPT secepat mungkin. "Mereka yang mempunyai maklumat juga dapat menghubungi Sarjan Shamsul Kamal atau Asisten Superitendan Khairul Naim di 03-20719999," tambahnya. - The Star Bayangkan tengah sedap bawa motor di laluan motor tiba-tiba muncul kereta dari arah bertentangan. Kejadian 19 Ogos lalu di Federal Highway menghala Mid Valley. pic.twitter.com/TgeyHMiIf7 — MyWatch (@My_CrimeWatch) August 21, 2020 Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!