suria

Kilang punca pencemaran sungai merupakan pesalah berulang, pernah didenda RM60,000 pada Mac

Pihak berkuasa telah memutuskan untuk untuk menutup kilang tersebut sehingga pengendali mematuhi prosedur operasi standard (SOP) JAS.

DALANG disebalik pencemaran yang menyebabkan henti tugas operasi Loji Rawatan Air (LRA) merupakan pesalah berulang yang pernah dikenakan denda sebelum ini.

Perkara itu didedahkan EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Hee Loy Sian.

"Ini adalah kali kedua kilang tersebut menyebabkan pencemaran bau di sungai.

"Kali pertama adalah pada bulan Mac, semasa fasa pertama perintah kawalan pergerakan (PKP). Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengenakan kompaun ke atas kilang itu sebanyak RM60,000," katanya pada Khamis.

Berdasarkan siasatan Lembaga Urus Air Selangor (Luas), JAS dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, didapati bahawa kilang di Rawang yang melakukan pembaikan dan penyelenggaraan mesin berat menjadi punca pencemaran bau di Sungai Selangor.

"Kemungkinan minyak yang digunakan dibuang terus ke saluran air yang mengalir ke sungai.

""Ini menyebabkan pencemaran bau di Rantau Panjang Sungai Selangor, Fasa 1, Fasa 2 dan loji rawatan air Fasa 3," ujarnya.

Tambahnya, pihak berkuasa telah memutuskan untuk untuk menutup kilang tersebut sehingga pengendali mematuhi prosedur operasi standard (SOP) JAS.

"Kami berharap orang-orang akan bersabar kerana kami juga telah menyekat aliran minyak yang dibuang dari kilang dengan karbon aktif," katanya.

Pencemaran tersebut menyebabkan gangguan air tidak berjadual di 1,292 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain