suria

Banjir kilat dekat stesen LRT Masjid Jamek, beberapa kawasan di KL

Paris air naik dekat Masjid Jamek di Kuala Lumpur.

LIMA lokasi di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat setelah hujan lebat pada petang Khamis.

Lokasi tersebut adalah Lebuh Ampang, Jalan Raja Alang di Kampung Bharu, Jalan Gurney Kiri, Jalan Semarak, Lorong Ayer Leleh 5, Taman Ayer Panas dan Jalan San Ah Wing, Kampung Semarak.

Menurut Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, air naik setinggi 3 meter dari paras jalan raya.

"Kita menerima laporan mengenai banjir kilat di kawasan ini antara pukul 4.25 hingga 5.25 petang pada Khamis.

"Balai bomba yang bertindak balas terhadap banjir kilat ini adalah Hang Tuah, Titiwangsa dan juga Jalan Tun Razak," katanya dalam satu kenyataan.

"Anggota bomba dan penyelamat telah bergegas ke semua lokasi untuk memberi bantuan.

"Beberapa kereta terperangkap dalam banjir kilat di Lebuh Ampang, berhampiran stesen LRT Masjid Jamek," kata jurucakapnya.

Beberapa gambar yang dikongsikan oleh jabatan itu menyaksikan paras air menyamai tayar kereta di Lebuh Ampang.

Di Jalan Gurney, 10 mangsa terperangkap dalam banjir kilat sementara anggota bomba dan penyelamat berada di lokasi membantu memindahkan mereka.

Terowong Smart juga telah ditutup untuk mengaktifkan sistem banjir kilat. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain