suria

Lelaki tunggang motosikal guna kaki serah diri, kini direman

Aksi seorang lelaki yang menggunakan kaki ketika menunggang motosikal.

KECOH di media sosial mengenai seorang penunggang motosikal membuat aksi berbahaya di jalan raya menggunakan kaki.

Seorang lelaki warga tempatan yang menggunakan kaki bagi mengawal pemegang motosikal itu, di Jalan Kuching di Kuala Lumpur, baru-baru ini, direman pada Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, suspek berumur 36 tahun itu telah menyerah diri di Balai Polis Trafik Jalan Bandar, di Kuala Lumpur, Ahad.

Beliau berkata, suspek juga disahkan positif dadah jenis ganja.

"Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya ringkas kepada Bernama.

Pada Ahad, Bernama melaporkan polis sedang menjejaki seorang lelaki yang aksinya menunggang motosikal secara berbahaya selain bungkusan air di tangannya itu, menjadi tular di media sosial menerusi satu video berdurasi 41 saat. - Bernama

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

Tragis! Ibu maut disengat tebuan