suria

PM: Vaksin mesti boleh diakses semua negara, orang ramai - “Covid-19 tidak mendiskriminasi, respons kita juga sepatutnya begitu”

Petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19 ke atas orang awam. Gambar hiasan/Foto Bernama

PADA masa ini, seluruh dunia menantikan penghasilan vaksin untuk menangani pandemik Covid-19.

Vaksin Covid-19 apabila ditemukan, mesti boleh diakses oleh semua negara dan orang ramai, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketika menyampaikan pendirian rasmi Malaysia di mesyuarat peringkat tinggi Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) bersempena ulang tahun ke-75 UNGA, beliau berkata, dalam aspek itu tidak sepatutnya ada sebarang bentuk diskriminasi.

"Kita perlu ingat oleh kerana Covid-19 tidak mendiskriminasi, respons kita juga sepatutnya begitu," katanya.

Tambah Muhyiddin, virus merbahaya itu telah meragut banyak nyawa dan telah mendedahkan kapasiti sebenar dan keberkesanan sistem penjagaan kesihatan.

Beliau berkata, ia juga memberikan impak yang sama besar terhadap sosio-ekonomi.

Ini merupakan penampilan sulung Muhyiddin pada UNGA selepas menjadi Perdana Menteri pada Mac tahun ini. Mesyuarat ini dilaksanakan secara maya disebabkan pandemik Covid-19 dan ucapannya itu telah diprarakamkan di pejabatnya di Putrajaya. - Bernama

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

vaksin Covid-19, UNGA,

Artikel Lain