suria

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan pula positif Covid-19 - “Tiada simptom ketara melainkan penat sikit”

Shahril mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepasn melakukan ujian sebaik sahaja pulang dari Sabah. Foto: Twitter Shahril Hamdan

KETUA Penerangan Umno, Shahril Hamdan diuji positif untuk wabak Covid-19.

Perkara itu disahkan olehnya sendiri menerusi satu ciapan di Twitter, pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli MT Umno dilapor dijangkiti Covid-19 selepas turun berkempen di Sipitang, kini dirawat di hospital

Menurut Shahril, dia mengambil keputusan untuk melakukan ujian kerana terlibat dengan kempen untuk Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN), negeri yang mencatatkan peningkatan kes saban hari.

"Covid-19 positif. Tiada simptom yang ketara melainkan penat sikit. Buat keputusan untuk melakukan ujian kemarin di KL sebagai langkah berhati-hati setelah peningkatan kes kerana saya berkempen di Sabah. Baru sahaja menerima panggilan dan akan dijemput pada hari ini," katanya.

Sharil juga memohon maaf di atas perkembangan terbaharu tersebut yang mungkin menimbulkan kesulitan kepada pihak yang pernah berhubung dengannya sejak beberapa hari lalu.

Sebelum ini media melaporkan seorang Ahli Majlis Tertinggi Umno dilaporkan positif Covid-19 selepas berkempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah di kawasan Parlimen Sipitang.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain