HARGA runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik lima sen seliter, berkuat kuasa tengah malam ini. Sementara itu harga diesel pula naik sebanyak empat sen. Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 adalah RM1.68, RON97 (RM1.98) dan diesel (RM1.71). Harga baharu bagi bahan api itu berkuat kuasa bagi tempoh 26 September hingga 2 Oktober ini. Menurut kenyataan itu, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian, bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. - BERNAMA Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!