NAMA Ketua Menteri Sabah yang baharu akan diumumkan secepat yang mungkin. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin meminta tempoh bagi menentukan siapa Ketua Menteri yang baharu.ARTIKEL BERKAITAN: PRN Sabah: Bung, Hajiji ke Istana Negeri bertemu Tun Juhar "Secepat yang mungkin," katanya ringkas kepada pemberita ketika ditanya bilakah teka teki mengenai pemimpin yang bakal diangkat sebagai Ketua Menteri, akan terjawab. Terdahulu, beliau bersama Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Datuk Hajiji Noor, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah Datuk Jahid Jahim mengadakan pertemuan selama lebih sejam dengan Juhar di Istana Negeri, di Kota Kinabalu. Jahid, ketika ditanya mengenai pertemuan dengan Juhar, hanya menjawab 'satu perbincangan yang baik' manakala Hajiji dan Jeffrey enggan mengulas. Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperoleh majoriti mudah untuk mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan negeri daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 semalam. GRS mendapat 38 kerusi, kelebihan satu kerusi daripada majoriti mudah 37 kerusi di Dewan Undangan Negeri yang mempunyai 73 kerusi sekarang. - BERNAMA Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!