suria

Agong selesai jalani rawatan di IJN... tersentuh keprihatinan, doa rakyat

Baginda kini berada dalam keadaan stabil dan akan pulang bersemayam ke Istana Negara dalam masa terdekat.

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menjalani rawatan keracunan makanan dan intervensi dinasihatkan menjalani rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN).

Perkara itu dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin menerusi satu kenyataan pada Isnin petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Al-Sultan Abdullah dimasukkan ke IJN, rakyat diminta doakan kesihatan baginda

Al-Sultan Abdullah sebelum ini dimasukkan ke IJN pada 21 September lalu akibat keracunan makanan sebelum menjalani pengimejan MRI pada keesokan harinya dan disahkan cedera akibat aktiviti sukan.

Baginda sangat aktif dalam sukan seperti polo berkuda, bola sepak, skuasy, golf dan hoki.

Menurut kenyataan itu, rawatan intervensi pada sendi-sendi lutut dan buku lali selesai pada Khamis lalu dan baginda kini berada dalam keadaan stabil dan akan berangkat pulang bersemayam ke Istana Negara dalam masa terdekat.

Malah, baginda mengakui tersentuh dengan keprihatinan rakyat dan menzahirkan penghargaan atas doa buatnya.

Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah turut mengakui bimbang akan peningkatan kes positif Covid-19 di negara ini.

Malah, baginda menasihati orang ramai agar menjaga diri masing-masing dalam mengekang penularan wabak itu.

Untuk rekod, Malaysia pada Selasa mencatat 115 kes baharu Covid-19 dengan 112 penularan dalam negara.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain