suria

Mangsa penculikan Abu Sayyaf maut terkena tembakan

Pada bulan April, mereka "dibebaskan" oleh penculik Abu Sayyaf tetapi "ditahan" semula oleh kumpulan lain yang membantu pembebasan mereka.

SALAH seorang daripada lima nelayan Indonesia yang diculik dari daerah Lahad Datu, Sabah awal tahun ini dipercayai terbunuh dalam kejadian tembakan pada Isnin lalu.

Sumber risikan serantau mengatakan mangsa berada dalam kumpulan bersama lelaki bersenjata Abu Sayyaf ketika serangan berlaku.

Mangsa yang identitinya belum dapat dipastikan terbunuh secara tidak sengaja semasa kejadian.

Dia adalah antara lima nelayan Indonesia yang diculik di perairan antara Tambisan dan Kuala Meruap di Lahad Datu dekat dengan sempadan laut Filipina pada 16 Januari tahun ini.

Usaha sedang dilakukan untuk menghubungi pasukan keselamatan Sabah mengenai perkara ini.

Pada bulan April, mereka "dibebaskan" oleh penculik Abu Sayyaf tetapi "ditahan" semula oleh kumpulan lain yang membantu pembebasan mereka.

Sumber barkata, perantara keluarga tahanan Indonesia telah "bersetuju" dengan tuntutan kumpulan penculikan Abu Sayyaf yang diketuai oleh sub komando Mike Apo yang membebaskan mereka kepada orang tengah yang dikaitkan dengan Abu Sayyaf.

Namun, sumber itu berkata bahawa "orang tengah" kini menahan tebusan dan menuntut pembayaran tambahan.

Sumber itu menjelaskan bahawa rundingan kini sedang dilakukan dengan "orang tengah" yang berpusat di Jolo yang dipimpin oleh seorang wanita, yang pernah dikaitkan dengan pemimpin Barisan Pembebasan Nasional Moro.

Pada waktu ini, sumber itu mengatakan orang tengah menuntut wang tambahan yang dikeluarkan untuk pembebasan tersebut dan rundingan masih berjalan.

Nelayan-nelayan itu dibawa oleh enam orang bersenjata yang memakai pakaian hitam dari pukat tunda mereka di Sabah semasa kejadian jam 8 malam pada 16 Januari.

Krew yang diculik adalah Arsyad Dahlan, 41, La Baa, 32, Riswanto Hayano, 27, Edi Lawalopo, 53, dan Syarizal Kastamiran, 29. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain