suria

Masalah bekalan air sekitar Petaling pulih sepenuhnya

Farid to check on Kampung Orang Asli Sungai Buloh that finally has water pipes installed by Air Selangor after relying on rivers for decades. IZZRAFIQ ALIAS/ The Star. August 20,2020.

SEMUA kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual di daerah Petaling sejak Rabu malam telah pulih sepenuhnya.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata kerja-kerja pembaikan paip pecah yang dijalankan di Persiaran Mimbar, Bukit Jelutong, Shah Alam dekat Kuala Lumpur selesai pada pukul 2.50 pagi Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Paip pecah, 29 kawasan di Selangor alami gangguan bekalan air

"Berikutan kerja-kerja pembaikan siap lebih awal daripada dijadualkan, bekalan air telah pulih sepenuhnya di semua kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini," katanya dalam kenyataan, Khamis.

Katanya, sebarang maklumat lanjut berhubung perkara itu boleh melayari semua medium laman sosial Air Selangor termasuk di Twitter, Facebook, Instagram dan laman webnya.

Pada kira-kira pukul 11 malam semalam, sebanyak 29 kawasan di daerah Petaling, mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan kejadian paip pecah di Persiaran Mimbar.

Kawasan tersebut melibatkan Bandar Kinrara 1,2, 3,4, 5 dan 9, Jalan Puchong Batu 7 hingga Jalan Puchong Batu 13, Kampung Bohol, Jalan Kenari, PJS 1 hingga PJS 11, Kampung Lembah Kinrara dan Puchong Mesra.- Bernama

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Petaling, Air Selangor, paip

Artikel Sebelum

Artikel Lain