suria

Pusat beli belah BSC ditutup sementara waktu untuk proses disinfeksi susulan kakitangan sebuah outlet positif Covid-19

Seorang kakitangan di sebuah outlet di BSC disahkan positif Covid-19. Gambar hiasan

PUSAT beli belah Bangsar Shopping Centre (BSC) ditutup buat sementara waktu susulan seorang kakitangan di sebuah outlet diuji positif untuk Covid-19.

"Kami baru saja dimaklumkan mengenai kes positif Covid-19 melibatkan kakitangan Origani di tingkat bawah. Kakitangan tersebut bertugas pada hari Selasa (6 Oktober) dan pada masa itu tidak menunjukkan sebarang gejala. Kakitangan tersebut tidak berada di BSC sejak hari tersebut.

"Origani segera menutup outletnya dan semua staf menjalani ujian Covid-19 dan mematuhi sepenuhnya garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," kata pusat membeli-belah itu dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Ahad.

Kenyataan itu juga menambah bahawa BSC akan ditutup bermula pukul 8 malam (Ahad) untuk proses disinfeksi.

Ia akan beroperasi semula pada Isnin (12 Oktober). - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain