suria

Pelanggan tak sabar nak masuk! Gamuda Land serah kunci rumah 2 projek perbandaran Selangor

Ngan Chee Meng (kiri) menyerahkan kunci kepada selebriti Yasmin Hani untuk kediamannya di Gamuda Gardens.

GAMUDA Land mula menyerahkan kunci rumah untuk fasa pertama projek pembangunan perbandarannya.

Ia melibatkan presint Village Homes di Gamuda Gardens, Sungai Buloh dan Lucent Residence di twentyfive.7, Kota Kemuning di Shah Alam, kedua-duanya di Selangor.

Lucent Residence di twentyfive.7 yang dilancarkan pada 2017 meliputi 181 unit kediaman superlink dan 98 unit kediaman Semi-D.

Ketua Pegawai Eksekutif Gamuda Land, Ngan Chee Meng berkata, berdasarkan maklum balas daripada pelanggan, mereka ternyata amat menanti-nantikan hari penyerahan kunci tersebut.

"Mereka tidak sabar-sabar untuk berpindah ke rumah baharu terutama setelah masing-masing merasai pengalaman ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Terbukti bahawa pembangunan bandar ini mendapat perhatian kerana bandar terancang Gamuda Gardens dan twentyfive.7 yang mengambil kira gaya hidup melangkaui tempat tinggal mereka.

"Semasa kita membuat penyerahan, semua taman, penempatan dan prasarana telah disiapkan, begitu juga keperluan seperti kemudahan runcit, makanan dan minuman (F&B)," katanya.

Sehingga kini, sebanyak 80 peratus unit Lucent Residence terjual dan penyerahan kunci dilaksanakan secara berperingkat, mengikut temu janji bersama pelanggan.

Di Gamuda Gardens, pemaju menyerahkan pemilikan kosong untuk 562 unit kediaman teres dua tingkat di presint Village Homes.



Pihak pengurusan Gamuda Land bersama sebahagian keluarga yang menerima kunci rumah mereka.

Kediaman ini dilancarkan pada 2017 dan lebih 83 peratus unit terjual setakat ini.

Perumahan tersebut mempunyai akses secara terus ke waterfront village, rumah kelab dan taman mesra haiwan peliharaan yang berkeluasan 50 ekar.

Selain itu, twentyfive.7 turut menjadi perhatian kerana mempunyai Quayside Mall iaitu sebuah pusat membeli-belah gaya hidup komuniti waterfront yang bakal dibuka pada Disember 2020, sementara Gamuda Gardens dilengkapi dengan waterfront village.

Gamuda Gardens meliputi pembangunan selama 15 tahun dengan tujuh presint dan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM10 bilion.

Produk kediaman yang dilancarkan termasuk Joya superlink homes, kediaman kluster Semi-D Jovita dan apartment servis Gaia Residences.

Gamuda Gardens dalam perancangannya adalah Illaria, perumahan di lereng bukit yang paling dinanti-nantikan. Ia meliputi kediaman berkonsepkan town house dan kediaman di presint berpagar.

Dalam pada itu, twentyfive.7 yang merupakan sebuah perbandaran berkonsepkan self-sustain dengan GDV sebanyak RM4.2 bilion, bakal disiapkan sepenuhnya menjelang 2030.

Hartanah yang boleh didapati di twentyfive.7 termasuk designer link villa Luxura dan apartment servis The Amber Residence serta bangunan kedai pejabat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain