suria

Murid diuji positif Covid-19, SK Taman Desa ditutup 8 hari

Sekolah itu ditutup bermula 16 hingga 23 Oktober.

SEKOLAH Kebangsaan Taman Desa, Skudai, Johor ditutup selama lapan hari bermula Jumaat setelah seorang muridnya positif Covid-19.

Pemeriksaan di sekolah mendapati notis telah dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor yang menyatakan bahawa sekolah akan ditutup bermula 16 hingga 23 Oktober.

Difahamkan, perintah itu dikeluarkan sekitar jam 9.45 pagi, Jumaat untuk membolehkan pihak berkuasa melakukan sanitasi dan pemeriksaan setelah murid Tahun Tiga itudiuji positif Covid-19.

Murid yang telah menjalani ujian saringan dilihat memakai gelang berwarna merah jambu dan telah diberitahu untuk menjalani karantin selama 14 hari.

Difahamkan, kira-kira 70 individu menjadi kontak rapat murid yang dijangkiti, terdiri daripada rakan sekolahnya dan murid dari Sekolah Agama Tafrijiyyah Taman Universiti yang berdekatan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang dan Pengarah Pendidikan Johor, Shaharuddin Saari enggan mengesahkan hal itu.

Pada Khamis, tular mesej WhatsApp mengenai murid itu yang disahkan positif Covid-19 selepas dikunjungi suadaranya dari Selangor pada 5 Oktober lalu. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain