ABANG kepada Mohd Irfan Mohamed Rawi, salah seorang mangsa nahas helikopter yang terhempas di Taman Melawati, Kuala Lumpur pagi Ahad masih terkejut dengan berita menimpa adiknya itu. Mohd Izni Zuhdi berkata, dia sejak awal lagi berasa tidak sedap hati apabila melihat berita nahas helikopter yang disiarkan menerusi televisyen. "Bila nampak (berita) helikopter tu saya dah rasa sangsi sebab adik saya dia agak kerap fly di hari minggu (Ahad). ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa nahas helikopter minta tolong ‘bubuh warna’ pada foto hitam putih... netizen tunai permintaan! - “Arwah baru post ni semalam” ARTIKEL BERKAITAN: Bekas CEO MAS terselamat nahas helikopter terhempas, dua lagi maut "Jadi saya cuba hubungi dia tapi tak dapat dan saya cuba contact kenalan dia dalam arena helikopter," katanya, memetik satu temu bual bersama Awani 501. Menurut Mohd Izni, dia mendapat berita bahawa Mohd Irfan terbabit dalam nahas itu daripada salah seorang kenalan adiknya itu. Mohd Irfan antara salah seorang mangsa yang maut dalam nahas tersebut. "Dari situ saya dapat maklumat dia salah seorang mangsa yang maut. "Buat masa ini saya belum dapat tengok (jenazah) untuk pengesahan. Sekarang kami sedang menunggu jenazah tiba di Hospital Kuala Lumpur (HKL)," katanya ketika ditemubual petang Ahad. Bila nampak helikopter tu saya rasa sangsi sebab adik saya dia agak kerap fly di hari minggu (Ahad). MOHD IZNI ZUHDI MOHAMED RAWI ABANG MANGSA Mengenai sisi peribadi Mohd Irfan, Mohd Izni Zuhdi menyifatkan adiknya itu seorang yang berjiwa besar. "Dia berjiwa besar, tidak mudah menyerah kalah... dia akan berusaha sehingga berjaya capai satu matlamat atau tujuan yang dia percaya. "Dia pada satu peringkat dulu ambil keputusan meninggalkan kerja makan gaji dan menubuhkan syarikat sendiri pada usia yang muda," katanya. Keadaan helikopter yang terhempas selepas bertembung dengan sebuah helikopter lain. Mohd Irfan merupakan anak keempat daripada 10 beradik meninggalkan seorang balu dan lima orang anak berusia tiga hingga 15 tahun.Selain Mohd Irfan, seorang lagi mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai Mohamed Sabri Baharom, 56. Punca nahas masih belum dikenal pasti tetapi laporan awal menyebut dua helikopter terbabit dipercayai bertembung di udara sebelum helikopter yang dinaiki Mohd Irfan dan Mohamed Sabri terhempas. Sementara itu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Penerbangan Malaysia Bhd (MAS) Datuk Ahmad Jauhari Yahya terselamat dalam kejadian nahas tersebut. Ahmad Jauhari dan seorang lagi yang terselamat, Tan Chai Eian, 51, berada di dalam helikopter yang berjaya mendarat dekat sebuah sekolah Tamil berhampiran lokasi kejadian. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! View this post on Instagram Rakaman dari lokasi kejadian. Kita doakan agar semua mangsa selamat. #mstar #mstar15tahun #mstarMoi (DM utk kredit video) A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Nov 7, 2020 at 9:10pm PST