suria

Pasangan tinggal mayat bayi depan masjid berjaya ditahan, kini direman 4 hari

Mayat bayi yang ditinggalkan bersama sehelai nota di sebuah masjid di Sungai Way.

SEORANG lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing ditahan kerana membuang mayat bayi berhampiran sebuah masjid di Sungai Way, Petaling Jaya, Ahad malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Ku Mashariman Ku Mahmood berkata mayat bayi itu ditemui oleh imam masjid berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis tahan remaja perempuan campak bayi baru lahir dari tingkat 4

"Seorang lelaki berusia 32 tahun, yang merupakan imam masjid, menemui mayat bayi perempuan yang dibalut dengan plastik berhampiran tayar keretanya, yang diparkir di hadapan masjid.

"Sehelai nota turut diletakkan bersama mayat bayi itu, yang meminta bantuan masjid untuk menguruskan jenazah bayi berkenaan.

"Catatan itu menyatakan individu berkenaan tidak mempunyai tempat tinggal sempurna serta tidak tahu cara menguruskan jenazah, selain turut tidak mempunyai wang untuk membawa jenazah anaknya ke hospital," kata Ku Mashariman.

Menurutnya, bayi itu dipercayai berusia sekurang-kurangnya empat bulan.

"Berdasarkan maklumat dan pemeriksaan CCTV masjid, sepasukan polis berjaya mengesan dan menangkap seorang lelaki berusia 25 tahun dan seorang wanita warga asing berusia 26 tahun di sebuah hotel di Jalan SS3/39," katanya, sambil menambah bahawa kedua-dua suspek mengaku meninggalkan mayat bayi itu di luar masjid.

Ku Mashariman berkata kedua-dua suspek telah direman selama empat hari untuk membantu siasatan. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain