suria

Harga petrol, diesel naik

Berkuatkuasa tengah malam ini, harga diesel dan petrol akan naik masing-masing sebanyak empat sen dan tiga sen.

BERMULA tengah malam ini, harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik tiga sen seliter, manakala harga diesel naik empat sen seliter.

Harga baharu itu berkuat kuasa sehingga 4 Disember.

Menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 adalah RM1.67, RON97 (RM1.97) dan diesel (RM1.85).

Kerajaan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, katanya. - BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain