BERMULA tengah malam ini, harga runcit petrol RON95 dan RON97 naik tiga sen kepada RM1.73 seliter dan RM2.03 seliter. Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, harga bagi bahan bakar itu sebelum ini masing-masing pada harga RM1.70 sen dan RM2. Sementara itu harga runcit diesel turut naik tiga sen kepada RM1.93 berbanding RM1.90 seliter sebelum ini. Kesemua harga bagi bahan api itu berkuatkuasa bermula tengah malam ini sehingga 18 Disember. Penetapan harga itu dibuat berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM). "Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," kata kenyataan itu lagi. - THE STAR Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!