suria

Pemain bola sepak legenda Namat Abdullah meninggal dunia

Allahyarham yang pernah menyertai Olimpik di Munich pada 1972 itu meninggal dunia di kediaman menantunya di Taiping pada Khamis.

LEGENDA bola sepak negara, Datuk Namat Abdullah meninggal dunia pada Khamis petang.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 76 tahun setelah sekian lama bertarung dengan kanser usus.

Pemain yang pernah menyertai Olimpik di Munich pada 1972 itu meninggal dunia di kediaman menantunya di Taiping, Perak, 5.30 petang hari ini.

Jenazah akan dibawa ke kediamannya di Taman Peruda, Sungai Petani dan akan dikebumikan pada pukul 9 malam. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain