DIKEMASKINI IBU kepada Datuk Seri Mohd Najib Razak, iaitu Tun Rahah Mohamed Noah, meninggal dunia pada Jumaat petang. Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur, pada usia 87 tahun. Najib menerusi posting terkini di laman Facebook beliau turut berkongsi kesedihan atas kehilangan ibu tercinta. "Innalillahwainnailaihirojiun. Bonda saya sudah tiada. Kami sekeluarga di hospital. Kesedihan dan air mata mengalir. Tiada kata-kata untuk kehilangan ini," katanya dalam posting berkenaan. Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah adalah antara individu kenamaan yang menziarahi Allahyarhamah pada Khamis. Allahyarhamah Tun Rahah dilahirkan di Muar, Johor pada tahun 1933. Almarhum bapanya Tan Sri Haji Mohammad Noah Omar adalah salah seorang pengasas Umno dan menjadi Yang Dipertua Dewan Rakyat yang pertama. Allahyarhamah berkahwin dengan Tun Abdul Razak pada 4 September 1952. Pasangan ini dikurniakan lima anak lelaki, termasuk bekas pengerusi CIMB, Datuk Seri Mohamed Nazir Razak; Datuk Ahmad Johari, Datuk Mohamed Nizam dan Datuk Mohamed Nazim. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!