suria

Jangkitan Covid-19 rekod 2,018 kes pada Isnin, Selangor catat jumlah pesakit positif paling tinggi

Malaysia merekodkan 2,018 kes Covid-19 pada Isnin. Foto: AZHAR MAHFOF/The Star.

MALAYSIA merekodkan 2,018 kes Covid-19 pada Isnin, menjadikan jumlah keseluruhan 95,327 kes setakat ini.

Ia melibatkan 2,011 kes penularan tempatan, manakala tujuh lagi kes merupakan kes import jangkitan luar negara.

Selangor terus mencatat jumlah kes harian tertinggi sebanyak 1,204, diikuti Johor (278) dan Sabah (247).

ARTIKEL BERKAITAN: 1,340 kes Covid-19 pada Ahad, Selangor terus dahului kes harian tertinggi

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham, Malaysia turut merekodkan satu kes kematian pada Isnin, menjadikan keseluruhan 438 kematian setakat ini.

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan satu kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 438 kes," ujarnya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ia melibatkan seorang lelaki bukan warganegara berusia 50 tahun, tiada latar belakang penyakit dan meninggal dunia di Hospital Tuaran, Sabah.

Sehingga hari ini, 1,084 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 78,393 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 109 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 55 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berikut

Artikel Lain