suria

Berkumpul ramai-ramai, 16 sekeluarga positif Covid-19... seorang meninggal dunia

Sehari selepas kematian warga emas, salah seorang saudara perempuannya didapati positif Covid-19, kata sumber itu. Foto: KK SHAM/The Star.

16 sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun di Labis, Segamat, Johor disahkan positif Covid-19 selepas menghadiri perjumpaan di Lembah Klang.

Menurut sumber Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kesemua mereka tinggal di sebuah rumah yang sama di Labis, dan telah mengunjungi ahli keluarga lain di zon merah di Kuala Lumpur dan Selangor antara 17 dan 25 Disember.

Difahamkan, perjumpaan keluarga itu turut dihadiri seorang warga emas berusia 60 tahun yang meninggal dunia akibat wabak itu pada 3 Januari.

Mangsa yang meninggal dunia menghidap penyakit diabetes dan tekanan darah tinggi, mula menunjukkan simptom selepas kembali ke Segamat.

16 sekeluarga itu turut pulang ke Segamat pada hujung Disember untuk melawat wanita itu.

Dia dihantar ke Hospital Segamat untuk menerima rawatan sebelum meninggal dunia.

Sehari selepas kematian warga emas, salah seorang saudara perempuannya didapati positif Covid-19, kata sumber itu.

"Pengesanan kontak dan tindakan susulan yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan mendapati bahawa 16 anggota keluarga warga emas itu menghidap Covid-19.

"Mereka dikuarantin sementara ada yang ditahan di hospital untuk rawatan yang diperlukan," katanya. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain