suria

Sukar tampung keperluan katil jika kes harian cecah 8,000 sehari - Ismail Sabri

Datuk Seri Ismail Sabri berkata kerajaan menghadapi masalah dari segi katil jika jumlah kes harian Covid-19 mencecah 8,000 sehari. Foto: Bernama

PENINGKATAN kes Covid-19 yang dicatatkan saban hari akan menyebabkan jumlah katil untuk menempatkan pesakit tidak akan mencukupi, apatah lagi sekiranya kes harian mencecah sehingga 5,000 atau 8,000 kes.

Menurut Menteri Pertahanan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, perkara tersebut turut disuarakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang menyatakan kebimbangan dari segi katil.

ARTIKEL BERKAITAN: Spekulasi PKP: Nantikan pengumuman khas PM pada Isnin

Bagaimanapun tambah beliau, setakat ini kemudahan katil yang ada masih boleh menampung jumlah pesakit Covid-19.

"Itu yang membimbangkan walaupun kes harian dah mencecah 2,000 atau 3,000, tapi kalau 5,000 atau 8,000 sehari memang agak sukar untuk tampung keperluan tersebut. Tapi belum sampai ke tahap itu lagi," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Barang Bantuan Kepada Mangsa Banjir Negeri Kelantan oleh Menteri Pertahanan di Kem Pengkalan Chepa, Kota Bharu pada Ahad.

Justeru tegas Ismail Sabri, semua pihak perlu memainkan peranan penting dan bertanggungjawab untuk memastikan keadaan tersebut tidak berlaku.

"Kalau rakyat bekerjasama membantu kerajaan mematuhi setiap prosedur operasi standard (SOP), insyaAllah kita mampu untuk melandaikan graf jangkitan," ujarnya. - SINAR HARIAN

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ismail Sabri, katil pesakit, Covid-19

Artikel Lain