suria

Perhatian! KPM umum pembukaan sekolah pada 20 Januari ditangguh

Kenyataan KPM yang dikeluarkan pada Sabtu memaklumkan hanya calon peperiksaan awam tahun 2020 dibenar hadir ke sekolah untuk pembelajaran secara bersemuka.

PENINGKATAN kes Covid-19 memaksa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menangguhkan sesi persekolahan secara bersemuka yang sepatutnya bermula pada 20 Januari ini.

KPM pada Sabtu mengumumkan, sesi persekolahan bersemuka hanya akan melibatkan murid yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 2020 serta peperiksaan antarabangsa yang setara.

ARTIKEL BERKAITAN: Pecah rekod! Malaysia catat 4,029 kes positif Covid-19,8 kematian

"Semua murid sekolah rendah dan murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah pula akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru dan murid mulai 20 Januari 2021," ujar kenyataan itu lagi.

Bagi Kolej Matrikulasi, mereka perlu kekal di kolej masing-masing untuk terus mengikuti pembelajaran secara hibrid.

Untuk pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) yang telah berada di asrama, mereka perlu kekal berada di asrama atau kampus.

Yang masih belum mendaftar pula boleh memilih untuk masuk ke asrama atau kekal di rumah masing-masing yang mana PdP akan dilaksana secara dalam talian bermula 17 Januari.

Pada masa sama, semua tadika swasta yang berdaftar dengan KPM boleh terus beroperasi secara bersemuka.

Berikut perincian bagi sekolah berasrama yang akan mendaftar masuk pada 16 Januari ini:

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain