suria

“Satu pengorbanan yang amat besar” - Dr Wee puji pegawai polis tangguh majlis kahwin demi tugas

Tindakan Ahmad Zaim yang menagguhkan perkahwinannya demi tugas, mendapat pujian Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (gambar kecil).

PENGORBANAN seorang pegawai polis yang mengambil keputusan menangguhkan perkahwinannya demi keutamaan kepada tugas, mendapat pujian daripada Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Menteri Pengangkutan itu memuji Ahmad Zaim Nasreen Musa, yang sepatutnya melangsungkan pernikahan bersama pasangan, Mas Ayuvita Azizul pada Ahad (17 Januari) di Gemas, Negeri Sembilan.

"Demi tugas, demi negara, anggota keselamatan kita sedia berkorban apa saja.

"Anggota keselamatan, Ahmad Zaim Nasreen bin Musa sepatutnya meraikan hari bahagia beliau dengan pasangannya, Mas Ayuvita binti Azizul di Felda Palong 8, Gemas, Negeri Sembilan hari ini 17 Januari 2021.

"Namun demi tanggungjawab kepada negara, Ahmad Zaim menangguhkan hari bahagianya. Satu pengorbanan yang amat besar," tulis Dr Wee di laman Facebook pada Ahad.

Beliau turut memuat naik gambar Ahmad Zaim yang memegang nota bertulis 'sepatutnya hari ini saya nikah 17.01.21'.

Dalam pada itu, Dr Wee turut menzahirkan penghargaan terhadap pada petugas barisan hadapan di atas pengorbanan mereka.

"Hargailah jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan negara kita," tulisnya lagi - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain