PASAR Borong Kuala Lumpur (KL) mengesahkan 118 kes positif Covid-19 pada Selasa. Menurut Presiden Persatuan Pemborong Sayur Kuala Lumpur, Wong Keng Fatt, ia melibatkan 31 pekerja bahagian sayur dan 87 pekerja bahagian ikan. "Kami melantik makmal swasta untuk menjalankan RT-PCR (reverse transcription polymerase chain reaction) ke atas pekera. "Pekerja bahagian buah-buahan pula diuji pada Isnin dan keputusan dijangka diperolehi pada Khamis," ujarnya Sementara itu, bahagian penjualan ikan di pasar itu dini ditutup sejak Isnin untuk proses nyahkuman dan akan mula beroperasi pada 22 Januari ini. Tambah Wong, mesyuarat antara persatuan, Kementerian Kesiahatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan diadakan pada Rabu. - The Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!