suria

Ismail Kijo meninggal dunia

Datuk Ismail Kijo menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sungai Buloh, pada Rabu.

KETUA Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo meninggal dunia pada Rabu di Hospital Sungai Buloh.

Allahyarham yang berusia 69 tahun menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12.33 tengah hari.

Dilaporkan urusan pengkebumian akan diuruskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) disebabkan Allahyarham disahkan positif Covid 19.

Berita pemergian Allahyarham turut dikongsikan oleh Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar di Facebook beliau.

"Innalillahi wainnaillaihi rojiun. Dukacita dimaklumkan sahabat saya dalam Perhubungan Umno Negeri Selangor, Datuk Ismail Kijo Ketua Umno Bahagian Ampang telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi di Hospital Sungai Buloh.

"Sama-sama kita doakan semoga Allahyarham diletakkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh. Salam takziah kepada seluruh anggota keluarga. Al-Fatihah," tulisnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain