suria

Menteri Kesihatan, Ketua Setiausaha Negara antara penerima suntikan vaksin Covid-19 pada Khamis

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerima suntikan vaksin pada Khamis. Foto: Twitter @Khairykj

APABILA Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bermula, lebih ramai petugas barisan hadapan menerima suntikan mereka.

Pada Khamis, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba turut menerima suntikan vaksin.

ARTIKEL BERKIATAN: PM jadi individu pertama disuntik vaksin Covid-19 di Malaysia

Selain Dr Adham Baba, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Mohd Shafiq Abdullah turut diberi suntikan vaksin Covid-19 pada hari sama.

Malah, beberapa petugas barisan hadapan yang lain turut diberi suntikan dalam program yang berlangsung di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya, Presint 11.

"Semoga usaha ini dapat melandaikan keluk jangkitan Covid-19 agar kita semua dapat kembali menikmati kehidupan seperti sediakala. InsyaAllah.

"Saya juga berharap semua Penjawat Awam segera mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di aplikasi MySejahtera.

"Terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan yang memberi komitmen dalam membendung wabak," ujar Mohd Zuki menerusi Instagram.

Pada Rabu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut menerima suntikan vaksin yang mana ia disiarkan secara langsung. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain