suria

Kes tembak isteri: Tempoh reman suami dilanjut 6 hari

Suspek yang membunuh isteri sendiri dengan menggunakan senapang angin pada minggu lalu ditahan reman untuk tempoh enam hari lagi bermula hari ini (Rabu). Gambar hiasan

SUSPEK yang membunuh isteri sendiri dengan menggunakan senapang angin pada minggu lalu ditahan reman untuk tempoh enam hari lagi bermula hari ini (Rabu).

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, perintah sambung reman itu dipohon bagi membantu siasatan polis.

"Kertas siasatan dirujuk ke pejabat Pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada Rabu bagi mendapatkan arahan lanjut (pertuduhan) ke atas suspek," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami jadi suspek utama kes tembak mati isteri, mayat dimasukkan dalam tong biru

ARTIKEL BERKAITAN: Kes tembak isteri: Kesan lebam, peluru senapang angin ditemui pada mayat

Terdahulu, negara digemparkan dengan kes kematian seorang wanita berusia 38 tahun susulan penemuan mayat mangsa di dalam tong air biru di sebuah kawasan ladang serai di Bandar Penawar, Johor Bahru.

Wanita itu yang juga ibu kepada dua cahaya mata dikatakan tidak pulang ke rumahnya di Taman Saujana, Kota Tinggi sejak 1 Mac.

Jiran wanita berkenaan kemudian membuat laporan polis berkenaan kehilangannya.

Hasil siasatan, wanita itu dipercayai ditembak mati oleh suaminya berusia 43 tahun ketika sedang tidur menggunakan senapang angin, sebelum menutup tubuhnya dengan cadar dan meletakkan jenazah di dalam tong plastik biru.

Suaminya yang dibantu oleh suspek yang lain, kemudiannya menimbus tong berkenaan di ladang serai.

Suami wanita terbabit yang bekerja sebagai pemandu jengkaut dan rakannya berumur 32 tahun ditahan pada 5 Mac.

Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Telaga, Kota Tinggi, pada 3 Mac.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pembunuhan tersebut bermotifkan cemburu selain polis turut menemui surat tuntutan fasakh di rumah mereka. - SINAR HARIAN

tembak isteri, senapang angin

Artikel Lain