suria

Lelaki simbah petrol, bakar rakan disyaki curi telefon

Mangsa melecur akibat disimbah dengan petrol sebelum dibakar. foto Melaka Hari Ini/ PDRM

SEORANG lelaki berusia 29 tahun menyimbah petrol dan membakar rakannya yang disyaki mencuri telefon pintar.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, mangsa berusia 23 tahun dari Taman Lendu Bakti di Alor Gajah, melecur teruk dalam serangan itu.

Beliau berkata, suspek memasuki bilik mangsa pada pukul 4.40 petang Selasa membawa pemetik api dan sebotol petrol.

Tambah beliau, suspek mengesyaki mangsa mencuri telefon pintar milik kekasihnya.

"Mangsa kemudian dibakar dan cedera parah dengan kesan melecur di tangan kiri, pergelangan tangan kanan, leher dan bahagian badan," katanya.

Arshad berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Alor Gajah sebelum dirujuk ke unit epidemiologikal di Hospital Melaka.

Beliau menambah, mangsa membuat laporan polis sebaik discaj pada Khamis.

Menurut Arshad, polis sedang memburu suspek yang melarikan diri. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain