suria

Bekas KPN, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun akhiri zaman duda

Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

BEKAS Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun selamat diijabkabulkan dengan pasangannya di sebuah masjid di Seri Manjung, Manjung pada Sabtu (12 Mac).

Mohamad Fuzi menamatkan zaman dudanya dengan Pengarah Kanan (Keusahawanan dan Perniagaan) Institut Koperasi Malaysia, Puan Sri Noraesyah Shaari.

Pasangan itu diraikan dalam sebuah majlis sederhana di Kampung Tua, Lambor Kanan, Bota.

Mohamad Fuzi berkata beliau gembira kerana dapat disatukan dengan isteri biarpun dalam suasana normal baharu.

"Kami gembira semuanya berjalan lancar mengikut prosedur operasi standard (SOP).

"Kami sudah lama mengenali satu sama lain dan saya gembira kerana akhirnya kami disatukan," katanya.

Bekas KPN itu menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar pada September 2017, sebelum bersara pada Mei 2019.

Isterinya, Puan Sri Azizah Hamdi, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada Disember 2017 akibat barah. - THE STAR

Artikel Lain