suria

Polis siasat video Najib didakwa tak guna aplikasi MySejahtera

Najib didakwa tidak mengimbas aplikasi MySejahtera ketika memasuki sebuah restoran.

POLIS sedang menyiasat video yang menunjukkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 di sebuah restoran di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

"Semua yang terlibat dalam kes ini akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.

"Kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya setelah selesai siasatan," kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah ketika dihubungi pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Najib mengaku tak guna aplikasi MySejahtera, sedia bayar kompaun - "Tidak ada double standard dalam istilah saya"

Beliau turut menggesa orang ramai agar mematuhi SOP.

"Tindakan tegas mengikut undang-undang akan diambil terhadap mereka yang ingkar," tambahnya.

Video yang kini tular, menunjukkan Najib tidak mengimbas aplikasi MySejahtera atau mendaftar butiran, dan tidak menjalankan imbasan suhu badan ketika memasuki Restoran Nasi Ayam Hainam Chee Meng, pada Jumaat.

Mohamad Zainal berkata, polis telahpun memulakan siasatan berhubung perkara itu. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain