suria

Lagi 4 rakyat Malaysia tersenarai billionaire Forbes, Jeff Bezos dinobat individu paling kaya di dunia

Tan Sri G Gnanalingam dari Westport Holdings menjadi antara kemasukan baharu dalam senarai jutawan dunia Forbes.

EMPAT individu dari Malaysia yang berjaya memasuki senarai jutawan dunia Forbes tahun ini termasuklah adik-beradik Tan dari MR DIY group (M) Bhd, Tan Sri G Gnanalingam dari Westports Holdings Bhd dan pengasas bersama serta Ketua Pegawai Eksekutif Greatech Technology Bhd, Tan Eng Kee.

Dalam senarai tahunan jutawan dunia Forbes ke-35, adik-beradik Tan Yu Yeh dan Tan Yu Wei tersenarai buat kali pertama dengan anggaran nilai bersih masing-masing sebanyak AS$1.8 bilion (RM7.44 bilion) dan AS$1.1 bilion (RM4.55 bilion).

Kekayaan mereka melambung tinggi berikutan tawaran awal MR DIY di Bursa Malaysia pada Oktober tahun lalu dengan permodalan pasaran sebanyak RM10 bilion setelah disenaraikan.

Gnanalingam termasuk dalam senarai dengan anggaran nilai bersih AS$1.7 bilion (RM7.02 bilion) sementara Tan Eng Kee menjadi salah seorang jutawan dunia dengan anggaran nilai bersih AS$1.1 bilion (RM4.55 bilion).

Sementara itu, Quek Leng Chan dari Kumpulan Hong Leong terus menduduki tempat teratas senarai jutawan Malaysia dengan anggaran nilai bersih AS$9.7 bilion (RM40.08 bilion).

Jutawan lain di Malaysia termasuk Ananda Krishnan dengan nilai bersih AS$5.8 bilion (RM23.97 bilion), Teh Hong Piow Public Bank dengan AS$5.7 bilion (RM23.55 bilion), Lim Wee Chai dari Top Glove, AS$3.5 bilion (RM14.46 bilion) dan Lim Kok Thay dari Genting, AS$2.7 bilion (RM11.16 bilion).

Di peringkat global, Ketua Pegawai Eksekutif Amazon Jeff Bezos kekal sebagai orang terkaya di dunia dengan nilai bersih AS$ 177 bilion (RM731.36 bilion).

Ia diikuti oleh Elon Musk dari Tesla dengan AS$151 bilion (RM623.93 bilion), peruncit mewah Bernard Arnault dan keluarga LVMH, AS$150 bilion (RM619.80 bilion) dan Bill Gates dari Microsoft dengan AS$124 bilion (RM512.37 bilion).

Mark Zuckerberg, pengasas Facebook, mengungguli senarai lima teratas dengan AS$97 bilion (RM400.80 bilion). - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain