suria

Tahniah! Dua pelajar Malaysia bakal bergelar siswa Harvard College

Muhammad Hamdi Ahmad Hakimi (kiri) dan Jarell Cheong Tze Wen (kanan) merupakan dua pelajar yang berjaya diterima masuk ke Harvard College.

DUA pelajar Malaysia diterima untuk belajar di Harvard College yang terletak di Massachusetts, Amerika Syarikat (AS).

Jarell Cheong Tze Wen dari Kuala Lumpur dan Muhammad Hamdi Ahmad Hakimi dari Pahang adalah sebahagian daripada 1,968 pelajar yang diterima untuk Kelas 2025 daripada 57,435 pemohon - jumlah penerimaan keseluruhan 3.43 peratus.

Harvard College adalah sekolah sarjana Universiti Harvard yang adalah salah satu institusi pendidikan tinggi terkemuka di dunia.

Menurut Kelab Harvard Malaysia, kedua-dua pelajar yang cemerlang ini adalah hasil sistem pendidikan kebangsaan, di mana Tze Wen menamatkan SPM dan A-Level di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur dan Kolej Sunway, Petaling Jaya, manakala Hamdi adalah lulusan Sekolah Menengah Sains Shah Alam, Selangor sebelum melanjutkan pelajarannya di Kolej Tuanku Ja'afar sebagai penerima biasiswa Bank Negara Kijang.

Cheong bakal melanjutkan pengajian dalam jurusan Matematik, manakala Hamdi pula memilih bidang Ekonomi. - The Star



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain