BAGAI menjadi kelaziman setiap kali tibanya Ramadan, ramai dalam kalangan kita berlumba-lumba untuk melakukan amal kebaikan. Tidak terkecuali tentunya Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang tak jemu turun padang membantu penduduk di kawasannya. Dalam posting Instagram pada Rabu pagi, Syed Saddiq berkongsi luahan hatinya mengenai peruntukan di Parlimen Muar yang didakwa sudah ditarik balik. ARTIKEL BERKAITAN: "Saya nak Malaysia jadi nombor 1" - Syed Saddiq perjelas isu BTS ARTIKEL BERKAITAN: Gambar Syed Saddiq di aplikasi cari jodoh Tinder, rupa-rupanya dah tular dulu di Indonesia - “Ricky pun boleh” "Kita teruskan aktiviti bergerak masjid ke masjid, surau ke surau untuk isi "Food Bank" bagi kegunaan keluarga susah. "Maaf kerana bantuan terhad. Peruntukan Parlimen Muar sudah ditarik," tulisnya. Jelas Syed Saddiq, dia sebelum ini membuat sumbangan RM10,000 setahun untuk 32 masjid yang ada di Muar. Syed Saddiq membuat pendedahan itu menerusi Instagram pada Rabu pagi. Malah katanya, dia gembira melihat Qariah masjid berkongsi dana itu bersama surau-surau yang memerlukan. "Saya peruntukkan RM155,000 untuk baik pulih masjid-surau yang rosak. Tambahan RM140,000 pada tahun 2020 untuk baik pulih surau-surau yang uzur. Saya luluskan untuk rakyat! Bukan untuk politik saya atau kroni. SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN AHLI PARLIMEN MUAR "Saya sedih kerana selepas pertukaran kerajaan, semua baik pulih surau yang saya luluskan, dibatalkan serta merta. "Saya luluskan untuk rakyat! Bukan untuk politik saya atau kroni. Saya harap kerajaan Melayu-Islam luluskan je la," luahnya lagi. Kata Syed Saddiq, tiada apa yang dimahukan selain khidmat terbaik buat penduduk Muar. Malah katanya, dia hanya insan kerdil yang cuba untuk memberi perkhidmatan terbaik buat penduduk di sana. Syed Saddiq mohon maaf kerana bantuan terhad selepas peruntukkan Parlimen Muar ditarik. "Kalau nak letak signboard besar besar kata 'Projek Kerajaan Melayu-Islam PN' pun saya akan sokong janji kerja jalan. "What else can i do for Muar? Tolong berikan cadangan. Terima kasih. Salam Ramadan," tulisnya lagi. Dalam pada itu, rata-rata pelayar Instagram turut memuji usaha murni yang dilakukan Syed Saddiq di Muar. Malah, mereka memberi kata-kata semangat dan berharap Syed Saddiq meneruskan segala apa yang dilakukannya selama ini. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!