suria

Selepas 23 tahun bekerja di bank, kini jadi pemotong ikan demi menyara 5 anak

Asrol bekerja keras untuk memastikan keluarganya supay mereka mempunyai wang simpanan.

RAMAI yang terpaksa diberhentikan kerja akibat keadaan ekonomi negara yang terjejas.

Ada yang memulakan perniagaan sendiri untuk menampung keluarga dan ada pula yang terpaksa menganggur hampir setahun sebelum mendapat pekerjaan baharu.

Bagi seorang bekas kerani bank, Asrol Mohd Saidi, kini dia bekerja memotong ikan di Pasar Borong Menglembu, Ipoh, Perak, demi menjana pendapatannya.

Setelah 23 tahun berkhidmat di bank tersebut, Asrul mengambil mengambil skim pemisahan pekerjaan yang ditawarkan oleh pihak bank dan selepas itu menganggur selama 11 bulan.

Lelaki berusia 44 tahun itu mengatakan bahawa dia mendapat pekerjaan baharunya setelah bertemu dengan seorang warga Rohingya yang hanya dikenali sebagai Ali, sewaktu membeli barang di pasar.

"Ali meminta saya untuk bergabung dengannya dan saya tidak teragak-agak kerana saya tahu sebagai seorang ayah, saya perlu melakukan sesuatu untuk menampung keluarga," katanya.

Asrol juga berkata dia sukar untuk mendapatkan pekerjaan lain kerana faktor usianya dan hanya memiliki kelayakan Sijil Rendah Pelajaran.

Bapa kepada lima anak itu mengatakan bahawa itu adalah perubahan besar bagi dirinya apabila perlu beralih dari bekerja di bank dan kini menjadi pemotong ikan di pasar.

“Saya mula bekerja pada pukul 3 pagi dan selesai pada jam 9 pagi. Pendapatan pula tidak menentu semuanya bergantung kepada hasil jualan dan jumlah paling rendah pernah diperoleh adalah RM30 dan pada hari sibuk boleh meningkat kepada RM80 sehari," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Walaupun kini dia bekerja di pasar, Asrol masih lagi mengekalkan hubungan yang baik dengan bekas majikan dan rakan sekerjanya di bank.

Tidak dapat dinafikan, Asrol sememangnya suka bekerja di bank kerana itu adalah pekerjaan pertamanya dan dia masih lagi berhubung dengan bekas majikan serta rakan sekerja.

Walaupun penat mencari rezeki memotong ikan di waktu pagi dan menjual nasi lemak pada waktu malam, dia lega kerana masih dapat menyara keluarganya.

Malahan, Asrol bersyukur kerana anak-anaknya memahami status kewangan keluarga mereka ketika ini.

"Anak perempuan sulung saya merupakan lulusan universiti, kini bekerja di sebuah restoran makanan segera untuk meringankan beban kewangan keluarga dan membantu membayar bil elektrik.

"Anak perempuan kedua pula baru sahaja menamatkan pengajian diploma dan berhasrat untuk melanjutkan pelajaran, tetapi dia faham bahawa saya tidak mampu sekarang. Tiga anak saya yang lain berada di tingkatan lima, tingkatan satu dan darjah tiga," tambahnya.

Dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Asrol mengatakan bahawa dia tidak bimbang tentang persiapan.

"Anak-anak saya memahami kesukaran yang dialami sekarang, mereka tidak pernah meminta pakaian mahal dan lebih selesa untuk memakai pakaian terpakai. Sekarang, saya bekerja keras mencari rezeki supaya kami sekeluarga mempunyai wang simpanan dan untuk kegunaan kecemasan," katanya. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain