JARAK antara pengambilan dos pertama dan dos kedua vaksin AstraZeneca bagi program secara sukarela itu ditetapkan selama 12 minggu, kata Khairy Jamaluddin. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menerusi satu ciapan di laman Twitter pada Selasa berkata, jarak 12 minggu itu selari dengan yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan kini sedang dipraktikkan di United Kingdom (UK). Khairy berkata, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) turut akan mengkaji permohonan individu yang mahu memendekkan jarak pengambilan antara kedua-dua dos tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: 260,000 slot suntikan vaksin AstraZeneca habis ditempah ARTIKEL BERKAITAN: Rakyat Malaysia mula terima notifikasi janji temu suntikan AstraZeneca - "Macam tunggu keputusan SPM" "JKJAV akan mengkaji permohonan untuk jarak waktu yang lebih pendek berdasarkan kes demi kes, misalnya, pelajar yang akan ke luar negara," tambah beliau. Pada Ahad, tempahan slot dalam talian untuk janji temu membabitkan kira-kira 268,000 dos vaksin AstraZeneca didaftarkan dalam tempoh kurang tiga jam. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Terdahulu, Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) berkata, program secara sukarela itu akan diperluaskan apabila kerajaan menjangkakan ketibaan sekurang-kurangnya 1.1 juta dos vaksin AstraZeneca pada bulan ini. - The Star Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!