suria

Keputusan mengenai PKP di Pulau Pinang diumum Sabtu

Semua pihak perlu menunggu keputusan MKN sama ada PKP akan dilaksanakan atau sebaliknya di Pulau Pinang. foto LIM BENG TATT/The Star

KEPUTUSAN sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Pulau Pinang atau sebaliknya, akan diumum pada Sabtu.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat, mempertimbangkan laporan penilaian risiko negeri dan keputusan itu akan diumumkan selepas mesyuarat teknikal yang dijadualkan pada Sabtu.

"Selepas mesyuarat, saya mengadakan perbincangan lanjut dengan pengarah-pengarah Jabatan Kesihatan negeri, MKN negeri dan setiausaha negeri mengenai persiapan yang perlu dilakukan untuk menghadapi waktu yang sukar ini," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Kon Yeow berkata, dalam mesyuarat itu, Kementerian Kesihatan juga memaklumkan bahawa penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) di hospital yang merawat Covid-19 di negeri itu telah mencapai 83 peratus.

Setakat Jumaat, Pulau Pinang mencatatkan 313 kes baharu Covid-19, yang tertinggi dicatatkan sejak awal tahun ini. - The Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain