KEMUNCULAN Tan Sri Dr Noor Hisham pada Sabtu petang sememangnya ditunggu-tunggu selepas sekian lama beliau tidak muncul menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Dalam siaran langsung itu, Ketua Pengarah Kesihatan berkenaan sempat memberikan peringatan kepada rakyat negara ini, khususnya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri minggu depan. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Ketika ini adalah dua dan empat minggu yang penting untuk kita memerangi jangkitan wabak. Kita tak boleh berjaya tanpa kerjasama rakyat. "Kita semua harus patuhi prosedur operasi standard (SOP). Kalau boleh duduk di rumah, sambutlah hari raya secara in-house, bukannya rumah terbuka. "In-house hari raya bersama diri sendiri, sebagaimana yang kita lakukan pada tahun lalu," ujarnya. Imbas Dr Noor Hisham, tiada peningkatan jumlah kes jangkitan Covid-19 selepas Hari Raya Aidilfitri diraikan pada tahun lalu. "Kenapa kita tak boleh lakukannya sekali lagi? Kerana kes sekarang sangat tinggi. Pada masa ini, kita masih ada kapasiti. "Tapi kita menggesa semua rakyat untuk patuhi SOP kerana kita berada dalam kedudukan kritikal. Hospital swasta dan hospital kerajaan sedang kesuntukan katil unit rawatan rapi (ICU)," ujarnya lagi. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!