SATU sidang media bersama oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dijadualkan pada pukul 5 petang Selasa (11 Mei). Ini merupakan kali pertama dua jurucakap kerajaan untuk perkara yang tidak berkaitan dan berkaitan kesihatan mengadakan sidang media bersama. Sidang media itu dijangka mengumumkan perincian lebih lanjut mengenai prosedur operasi standard (SOP) susulan kerajaan mengumumkan satu lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). ARTIKEL BERKAITAN: PM umum PKP seluruh negara, ziarah Aidilfitri tak dibenarkan Sejak setahun lalu, Ismail Sabri dan Dr Noor Hisham mengadakan sidang media secara berasingan di mana menteri kanan itu mengemaskini mengenai perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan kesihatan seperti SOP dan penguatkuasaan pelbagai PKP, sementara Dr Noor Hisham mengemaskini kes Covid- 19 di negara ini dan perkara berkaitan kesihatan. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKP dilaksanakan di seluruh negara dari 12 Mei hingga 7 Jun, berikutan peningkatan kes Covid-19. - The Star Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!